Keputeraan dan pendidikan Mutesa II dari Buganda

Muteesa lahir di rumah seorang mubaligh pakar perubatan di Makindye, Kampala pada 19 November 1924. Beliau merupakan putera kelima Raja Daudi Cwa II (1897-1939) dan Puan Irene Drusilla Namaganda dari puak Nte.

Baginda dididik di King's College Buddo iaitu salah satu sekolah berprestij dalam jajahan Uganda; beliau meenruskan pengajian di Magdalene College, Cambridge, England. Di sana, beliau menyertai Kor Pegawai Latihan Universiti tersebut (University Officer Training Corps) dan kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai kapten dalam Grenadier Guards.[1]